Isnin, 4 Februari 2013

untukmu kaum Hawa...,,

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

tolong cintai aku, Ya Allah...

Kaki ini sudah terlalu jauh melangkah, 
Ribuan jejak sudah terekam,
 Walau kadang hilang dan lenyap,
 Bersama bergantinya waktu dan musim....

Seluruh cinta sudah terbagi,
Sehingga segala rasa berbalut cinta,
Walau kadang tak pernah merasa,
Berbalas luka, berbalur duka.....

Tuhan…
Kala cinta sangat di harap,
Hanya kepada Mu Jua harapan satu,
Biarlah mimpi tentang cinta,
Hanya terukir indah untuk Mu,
Karena Engkau yang punya Cinta ,
Engkau pula yang mengambil Cinta....,

Tuhan….,
Tolong …, cintai aku Tuhan.
Kala hati luka tersayat sembilu,
Serasa darah seakan berhenti,
Seluruh tubuh terasa hancur,
Hanya Engkau, tempat Berharap.....


...........@Alin_Azmadi............
TOLONG CINTAI AKU, YA ALLAH....

Kaki ini sudah terlalu jauh melangkah, Ribuan jejak sudah terekam, Walau kadang hilang dan lenyap, Bersama bergantinya waktu dan musim.

Seluruh cinta sudah terbagi,
Sehingga segala rasa berbalut cinta,
Walau kadang tak pernah merasa,
Berbalas luka, berbalur duka.

Tuhan…
Kala cinta sangat di harap,
Hanya kepada Mu Jua harapan satu,
Biarlah mimpi tentang cinta,
Hanya terukir indah untuk Mu,
Karena Engkau yang punya Cinta ,
Engkau pula yang mengambil Cinta,

Tuhan….,
Tolong …, cintai aku Tuhan.
Kala hati luka tersayat sembilu,
Serasa darah seakan berhenti,
Seluruh tubuh terasa hancur,
Hanya Engkau, tempat Berharap.

Tentangmu Calon Jodohku...:)

Jika cintaku padamu adalah cinta buta,
Tinggalkan aku dengan nada kecewa yang tak berdaya kau ucapkan.

Jika cintaku padamu menyebabkan aku lebih jauh dari Allah,
Maka hinakan aku dengan hinaan yang paling hina yang tak berdaya kau lontarkan.

Jika cintaku padamu tidak bisa membawamu ke arah yang lebih baik,maka tutuplah hatimu serapat mungkin untukku.

Namun,
Jika cintaku kerana pengabdianku pada ALLAH.
Jika cintaku kerana ingin membawamu lebih mendekati ALLAH..
Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai ' bidadari 'ku di Syurga kelak..
Jangan kau palingkan wajahmu,
Jangan kau tutup hatimu,
Jangan kau tinggalkan diriku,

Kerana walaupun cintaku belum sempurna, 

namun hasrat menyempurnakan cinta bersamamu senantiasa ada..
Bukan mudah meraih cinta yg berbuah pahala..
Biar munajat cinta ini terus bersemadi di hati..

Teringat kata,

"Malu kita hanya kepada ALLAH" jika berbuat sesuatu yg bikin ALLAH murka itu patut lebih dimalukan..
Kata yg ku genggam untuk jadi azimat & penguat semangat dalam menjalani arus kehidupan,,


" Jika aku d sini menanti,,ku harap kau d sana menjaga,
 bila aku d sini berdoa ku harap kau d sana setia.."

Aku tak berharap d pertemukan denganmu..
tapi aku meminta d persatukan dlm cinta_NYA..
Aku tak berharap kesempurnaanmu..
kerana ku ingin melengkapimu dengan kekuranganku..

Yang aku impikan hanya kesempurnaan cinta_NYA...
Kerana hanya begitulah tak akan ada rasa kecewa di akhirnya.."


Sabtu, 5 Januari 2013

renung2kanlah...:)

Orang yang TIDUR dlm keadaan muzik yg  melalaikan..t'pasang di telinga sama ada guna EARPHONE atau buka RADIO,..
Bagaimanakah agaknya jika ALLAH S.W.T. ambil NYAWANYA masa tidur??? 
Tidakkah dia mati dlm keadaan LAGHA??
renung2kanlah...selamat beramal...:)


                                                                                                                                  by : alin miera


Jumaat, 30 Mac 2012

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang Naif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhoi
Dan karuniakanlah padaku keturunan yang soleh

andai nie takdirku.....^_^

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang Naif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhoi
Dan karuniakanlah padaku keturunan yang soleh

Selasa, 22 November 2011

Tips utk para remaja yang ingin berhijrah...:)


“Ayunya anak mak hari ini... anggun bertudung,” puji ibu melihat perubahan anak gadisnya. Suasana sebegini adalah detik yang begitu bermakna. Perubahan yang dilakukan mendapat perhatian dan yang penting keredhaan Allah. Apa yang pasti kehidupan menuntut perubahan. Islam memang sentiasa menuntut perubahan positif terhadap diri. Maka timbullah pelbagai usaha untuk mengubah diri lebih-lebih lagi setiap kali munculnya tahun baru hijrah. Sepatutnya begitulah. Menginsafi anjakan umur sepatutnya diraikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Bagi remaja ia pasti jauh lebih mencabar. Melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan persekitaran rakan-rakan dan masyarakat, bukan semua remaja dapat melakukan hijrah diri dan perubahan.

Kita tidak dapat menafikan bahawa di dalam hati dan sanubari seorang remaja itu pastinya menginginkan perubahan. Kalau dahulu tuturnya kasar, lagaknya hebat, sikapnya angkuh mungkin segalanya mahu dibuang jauh. Kalau dahulu ibadahnya dingin mungkin mereka mengharap sinar untuk kembali rapat kepada Allah. Kalau dahulu terjebak ke lembah zina dan dadah, mungkin ada cahaya di lorong kegelapan.

Namun, apa salahnya mengambil peluang awal Muharam ini untuk melakukan hijrah. Hijrah menurut bahasa bermaksud meninggalkan. Hijrah pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berlaku apabila golongan Muslimin berpindah dan berhijrah meninggalkan Makkah untuk kepentingan agama. Ia penting bagi kelangsungan dakwah Islamiah dan perkembangannya. Umumnya hijrah juga diertikan sebagai berubah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah dan kembali melakukan suruhan-Nya. Dalam erti kata lain hijrah atau perubahan diri seseorang itu mungkin berlaku dari segi tutur kata, tingkah laku serta sikap.

Sebagai panduan bagi remaja, bagaimana caranya untuk melakukan hijrah diri?

Tips pertama:

NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.

Tips kedua:

TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

Tips ketiga:

BUANG PERSEPSI YANG SALAH. Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?

Tips keempat:

HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF. Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.

Tips kelima:

BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.

Tips keenam:

PEDULIKAN APA KATA ORANG. Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.

Tips ketujuh:

BERDOALAH. Allah sesungguhnya telah berfirman:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

(Al-Mu’min 40: 60)

Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku.

Maka jelaslah sudah, jalan-jalan untuk mengubah diri ke arah kebaikan terbuka luas. Memang hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa hebatnya. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan anda. Jadilah remaja yang kental dengan pilihan yang sudah dibuat. Jadikanlah tahun ini tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama.
Wallahua'lam
(Sebarkan :) )
Skiranya , mahu di Tag , dipersilakan :) Rasulullah SAW bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Ahad, 20 November 2011

tuhan berikan aku cinta.....:)


‎''cintailah seseorang itu atas dasr siapa dia sekarang dan bukan siapa
dia sblmnya....kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu
benar2 mencintainya setulus hati......''

walau aku senyum bukan bererti
... aku selalu bahagia dlm hari...
ada yg tak ada di hati ini, di jiwa ini hampa....
ku b'temu sang adam di samping hidupku,
mungkn akan ada cerita cinta....
namun ada saja cobaan hidup, seakan aku hina....
tuhan berikanlah aku cinta utk temaniku dlm sepi...
tangkap aku dlm terangMu...
biarkanlah aku punya cinta...
tuhan berikanlah aku cinta....
aku juga b'harap bahagia...berikan restu dan
halalMu....tuhan beri aku cinta....

''Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yg kamu cintai menjadi
dirinya sendiri dan tidak merubahnya m'jadi gambaran yang kamu
inginkan...jika tidak, kamu hanya mencintai siapa pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di dalam dirinya......''

...aku duduk sendirian di kamarku...
menangis kesepian keranamu...
kau tinggalkan aku...
kau cari yang lain...
tergamakmu merobek hatiku...
tapi setelah kau pergi...
aku mendapat seseorang yg lbh baik darimu...
dia hargai aku kerana allah...
dia sayangi aku kerana allah...
aku ingin kau tahu betapa aku gembira...
tidak lagi b'samamu...
pasti akhirnya nnt kau akan sedari...
yang kau perlu cintaku....

''...cintailah ak krn allah,kasihanilah ak krn allah,sayangilah ak krn
allah...bkn cinta i2 pnh dgn kenafsuan semata2...''
:: renung2kanlah...=) nauzubillah minzalik... ♥♥ ::

♥ Fazlin Amiera ♥

Sabtu, 8 Oktober 2011

Doa ketika resah gelisah....:))

 ::Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berla...
ku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah.


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ;



“..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.Lihat seterusnya.. ::
 

Khamis, 11 Ogos 2011

Cemburu dlm islam...


Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud...
krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Layakkah aku ini....(:

Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan
Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?
Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?
Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?
Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu
Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu

^^

Saat mata kubuka perlahan
Syukur aku masih diberi hidup
Ruang untuk bernafas
Di muka bumi-Mu Ya Allah

...
Lantas kutitipkan wudhu’
Melangkah sujud pada-Nya
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

Kuhadapkan wajah menuju kiblatku
Tangan kutadah menyeru namaMu
Ya Allah Ya 1Ghaffar
Ampunkanlah daku
Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sering lalai dan leka
Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana
Lihat seterusnya..